Friday, March 30, 2012

Batasan Cinta

Assalamualaikum semua ,
Topik pada hari ini ialah Cinta ! kenapa ? sebabnya ialah masalah remaja lari dari rumah semakin berleluasa. Jadi ada seorang hamba Allah yang saya tahu sudah salah tafsir kan erti cinta. Jadi saya ingin memberi tahu pendapat saya tentang Batasan Cinta.

Memang semasa bercinta kita sanggup melakukan apa saja tetapi jangan lah sampai melampaui batas.Bagi saya batasan saya ialah jangan sampai saya melukai hati kedua ibu bapa saya. Kerana tanpa mereka tak mungkin saya akan kenal erti cinta.Jangan sampai kita melanggar perintah Allah SWT kerana sesungguhnya kita ini hanyalah hamba-NYA yang kerdil hanya Allah yang menentukan segalanya.Janganlah sampai diri kita ini tidak berguna lagi.Bagi saya keluarga adalah segala-galanya.Kerana keluarga adalh perkara yang paling terindah yang saya punya.Kasih sayang mereka tak akan mereka tak akan berkurang pada kita.Saya tak sanggup kehilangan kesemua kasih sayang mereka semata mata hanya kerana cinta yang tidak membawa kemana.Cinta sejati akan muncul bila kita benar benar selami apa itu cinta.Cinta kepada Allah bak Air yang mengalir tidak terkata betapa banyaknya dan tidak pernah putus.Cinta kepada mak dan ayah bak mutiara yang berkilau.Cinta kepada adik beradik bak sejernih air yang berpanjangan.Cinta diri sendiri bak seluas lautan yang tak akan berkurangan.Sentiasa hargai apa yang ada di sekeliling kita dan dalam diri kita.