Friday, March 30, 2012

Siti Aisyah

Asslamualaikum semua ,
Dear my sweety Aisyah kadang kala kita tidak boleh menidakkan kebenaran tapi kadangkala memang kita selalu menafikanya.Soal hati dan perasaan kau seorang je faham dalam diri kau. So ni ayat aku cilok kau punya.

"alangkah indahnya sesuatu percintaan jika SSETIA Nabi Ibrahim dengan Hajar, SEBAHAGIA Nabi Yusof dengan Zulaikha,SEIKHLAS Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis, SEINDAH hubungan Nabi Adam dan Hawa serta SESUCI Nabi Muhammad dan Khadijah.Kita hanya mampu merancang,berdoa,bertawakal serta berserah kepada Allah SWTsesungguhnya hanya DIA yang menentukan segala perjalanan kita di bumi yang bertuah ini.Janganlah risau kerana setiap orang ada jodohnya tersendiri cuma lambat atau cepat saja. Berdoalah agar apa yang kita impikan menjadi kenyataan menjadi kenyataan.Kadang kala tuhan menduga kita dengan sesuatu yang kita tak suka ,sesuatu di luar jangkaan kita,didatangkan kepada kita orang yang kita benci. Tuhan ingin menduga kita ingin melihat sejauh mana kita tabah menghadapi dugaan ini.Air mata bukanlah cara untuk melepaskan tekanan sebaliknya bangkitlah kuatkan semangat untuk hari-hari yang mendatang.Sesunngguhnya ada hikmah di sebalik semua yang terjadi. Allah datangkan malam dan kita tertanya tanya mana hilangnya matahari, kadang-kala Allah datangkan hujan dan panas terik .Begitulah kehidupan kita yang sentiasa berarak tidak menentu mana hala tujunya"