Saturday, March 31, 2012

True friends

Assalamualaikum semua , topik untuk hari ini ialah true friends.
Saya amat tersentuh sebab masa saya sakit kawan kawan di sekeliling dah macam ibu sendiri yang jaga dan menenangkan kita. Thanks a lot. Susah sebenarnya nak cari kawan sejati kerana kadang kadang ada rasa tidak puas hati yang menguasai hati ini. Tapi kalau dah kawan dari darjah 1 memang saya tabik la.

CIRI-CIRI KAWAN SEJATI
  1. Kawan sejati akan sentiasa ada waktu susah dan senang.Bukanya waktu susah je baru awak nak ingat kawan , tapi waktu senang terus lupakan kitaorang.Apa pun yang kita lakukan,lakukan bersama kerana setiap masa yang berlalu tak akan dapat di ulang.
  2. Kawan sejati tak akan membuka aib kita di depan orang. Sedangkan dia tahu benda itu akan memalukan orang.Menjaga rahsia orang ialah amanat yang besar jadi pandai-pandailah jaga mulut.
  3. Kawan sejati akan menjadi pendengar setia untuk semua masalah kita. At least bila kita bercerita pada diaorang ringan sikitlah beban yang kita pikul.Kalau ada diantara kawan korang menceritakan tentang masalah dia dengarlah agar perasaan dia tenang sikit.
  4. Kawan sejati tak akan mudah berpaling arah.Janganlah bila kita jumpa kawan baru kita lupakan kawan lama kita.Mungkin kita tak sedar sebenarnya dia sedang sedih kerana telah dilupakan.
  5. Kawan sejati akan mempercayai kita 100%.Tidak ada sebarang keraguan yang tersimpan di hati dia bila kita memberitahu sesuatu.Kepercayaan itu penting untuk semua orang.
Inilah antara ciri ciri kawan sejati yang saya rasa patut ada dalam diri semua orang.Kadang-kala kita terlupa untuk menjaga perasaan orang lain sedangkan dia benar benar mengharapkan perhatian dari kita.